virus malas yang kejam

mengikut bilangan bintang di langit , rasanya dah hampir berminggu minggu aku x menonjolkan diri dengan entry entry baru an . bukannya dah bosan dengan dunia blogging ni . tapi aku x upaya , aku insan yang lemah tanpa sebotol 100plus yang bisa membasahkan lorong lorong tekak yang gersang . aku hanya seorang manusia perempuan yang punya nafsu yang bergelojak untuk menulis tapi apakan daya aku sering ditentang hebat oleh seangkatan sifat malas yang berlari lari bebas meyebarkan virusnya ke seluruh pelosok tubuhku yang chubby ini .

dia menyelinap masuk ke otak ku dengan mudah dikala aku ternganga dengan mulut tertutup seperti seorang kanak kanak lelaki berusia 5 tahun yang khusyuk menonton Hagemaru tanpa menghiraukan si ibu yang bersama secawan aiskrim cornetto love di tangan ala ala  Akem yang machonya memberikan eskrem tersebut kepada Juliana Evans macam dalam iklan eskrem dekat tv tu . ----- > dia meneroka segenap ruang yang mungkin agak bersawang sedikit , lantas menghasut berjuta juta neuron yang bermastautin sejak 19 tahun yang lalu supaya menentang tuannya iaitu aku . ya . dia berjaya menakluk mereka .  dia telah mengambil alih hak aku sebagai pemerintah mutlak setiap anggota tubuh ku . aku ?? bagaimana pula dengan aku ?? mana hak aku ?? aku . aku hilang . aku hilang dalam satu bekas aneh yang dipenuhi manusia manusia yang lainnya . mereka senasib dengan ku yang tidak mampu mempertahankan benteng rajin yang hanya menunggu masa rebah ke bumi .

kaki ku ---->
susahnya menyuruh kau bergerak ke meja study yang hanya beberapa langkah kaki Scha Al-Yahya sahaja disudut bilik yang berbahang ini . kau sangat degil . dipujuk , dibelai pun kau masih kaku di situ . aku buntu kerna aku perlu ke sana , ke meja itu . ya meja besi itu . aku perlu ke sana untuk mendapatkan komputer riba ku yang ternganga sejak semalam di situ . bagaimana aku nak menulis tanpanya . itulah kehebatan teknologi kini . aku terpaksa bertegas dengan kau . maaf . kau ku heret dengan penuh tenaga . tempoh masa yang hanya 20saat dulunya kini berubah kepada angka 1jam yang perit . aku berjaya . ya . kini aku di sini . di meja ini .

mata ku --->
kuyu . macam dah sebulan x ditutup . aku renung komputer riba itu dengan renungan yang hiba . penuh simpati . " Hang buat ape tu ? " . rumet aku cuba menghentikan renungan aku . aku terpejam mata dan menoleh ke arahnya . aku buka mata ku perlahan lahan . dan merenung tepat ke dalam matanya . " Hang pasai pa ? " . dia bersuara lagi . aku seolah olah sedang memukau nya . aku renung lagi . lagi . lagi . dan lagi . dia nampak nervous . " Ish .. " . dia berlalu begitu saja ke tandas . mungkin sebak barangkali . aku memejam mata aku lagi dan berpaling ke skrin komputer riba itu semula . dengan slow motion aku membuka mata aku dan merenung lagi komputer riba ku . ianya berterusan selama beberapa minit sebelum aku tersedar yang aku tersalah merenung komputer riba rumet ku . Ooo . patut la dia berkelakuan aneh .

tangan ku --->
menggeletar . terlalu gian rasanya hendak menekan nekan punat papan kekunci komputer riba ku . aku bawa jari jari ku ke arah papan kekunci itu . peluh merembes keluar dari semua arah . dari hidung , dari telinga , dari mata , dari laci meja besi itu , dari celah helaian buku akaun yang memang sengaja aku buka untuk mengaburi mata rumet ku . angin bertiup kencang mengiringi gerakkan jari ku . ya . aku sentuh . betul . aku dah dapat sentuh dia . aku tersenyum . untuk apa ?? itu aku x pasti . yang pasti aku seronok dapat menyentuhnya setelah sekian lama . tapi . aku stuck di situ . apa nak tulis ni . tangan aku kaku di situ . 

otak ku --->
melihatkan keadaan tangan aku yang sadis sebegitu . aku memujuk neuron neuron itu supaya kembali taat kepada aku . lama rundingan damai itu berlaku . masih tidak mahu mengalah . mungkin mereka masih terasa hati dengan aku . ya . aku tahu yang aku jarang meluangkan masa dengan mereka . itu bukan mahu ku . rundingan itu berakhir . mereka terpaksa beralah dengan aku . contract baru ditandatangani kedua dua belah pihak . persetujuan baru di capai . ya . kini mereka sedang bekerja . aku tahu itu .

tangan yang aku cerita kan tadi kini giat menekan nekan punat papan kekunci komputer riba itu . laju pergerakannya . aku kagum . sungguh . benar . 

akhir kata , hargailah neuron anda kerna tanpa mereka apalah entry anda .

tuan empunya neuron ,
keypad bersuara (kaybi)