Babak 1
Lokasi : Pintu masuk jamban rumah opah
Waktu : Aku tak ingat . Nanti aku dah ingat aku tulis la .
Watak utama : Encik macho(kononnya) @ kezen ku
Watak utama lagi : Aku(bukan nama sebenar)
Bukan watak utama : Sang lipan yang sangat cool
Motif : Indahnya hari ini
kelihatan seorang aku yang sedang membilas kain di mesin basuh di satu sudut berhampiran pintu jamban . seorang aku tersebut cuba mempamerkan kerajinannya di khalayak ramai . dia memang seorang yang rajin . sedang seorang aku tersebut berhempas pulas memulas kain , datang seorang encik macho dengan sopannya melintas di hadapan seorang aku yang disebut tadi . encik macho itu berlalu masuk ke jamban tanpa menoleh ke arah seorang aku . ada seorang aku kesah . hehh
tapp !
(pintu jamban ditutup dengan penuh keegoan)
~
~
~
~
~
~
< 10 saat kemudian >
krekkk !
(pintu jamban dibuka semula dengan penuh kegusaran di hati)
keluarnya encik macho dari celah celah pintu jamban . lalu berhenti di hadapan seorang aku yang masih setia dengan kain di tangan . encik macho merenung seorang aku dengan penuh tanda tanya . lalu dia berkata kata .
encik macho : ang tak perasan ke ?
aku(bukan nama sebenar) : ape die ?
encik macho : tadi ang masok jamban kan .
aku(masih bukan nama sebenar) : ha'ah . nape ?
encik macho : ang tak nampak ke tu ?
(sambil menghalakan jari telunjuknya yang kelihatan sedikit vibrate di situ ke dalam jamban)
aku(bukan juga nama sebenar) : ha ?
(turut disertai dengan pergerakan kepala menoleh sedikit ke dalam jamban)
. kelihatan seorang lipan sedang enak bertempek di dinding jamban . cool nya seorang lipan .
~
~
~
seorang aku tersedu terkedu sejuta bahasa . tadi seorang aku juga pernah menjejakkan kaki ke dalam jamban . hahh ! alamak ! apakah ?
encik macho : woii ! buang la cepat !
(kata encik macho dengan nervousnya , dia mengusap usap perutnya . sudah di hujung tanduk gamaknya)
aku(tercari cari nama sebenar) : ape plak ? ang la buang . bengong .
encik macho : geli la bodoh ! panggil mak ang la . cepat la ngok .
~
~
~
< 5 saat kemudian >
mak seorang aku pun tiba dengan sehelai parang di tangan . seperti gaya Merong Mahawangsa , si emak pun menetak netak sang lipan dengan senyuman di bibir . dalam beberapa saat sahaja , terkulailah sang lipan tanpa nyawa . sehingga CSI Miami pun tak dapat kesan bahawa arwah merupakan seorang lipan .
emak seorang aku : hishh ! ape nak jadi ni .
(melemparkan pandangan sinis terhadap seorang aku dan encik macho)
encik macho : ape ? aku insan yang lemah ok . hehe
(sambil meninjau ninjau ke dalam jamban . kot kot ada lagi keluarga lipan yang check in di situ)
seorang aku berasa sangat stress tahap ayam berak kapur sehingga rasa macam nak sepak laju laju je encik macho tersebut . sudahlah hodoh , mulut berbau pulak . bak kata seorang Merong .
*[bintang kecik]encik macho adalah si poyo dalam entry yang lepas lepas .