cuti seminggu selepas sebulan setat sem memang membuatkan aku joget joget sambil terbang tinggi tinggi
terasa syurga bagiku
sebulan lebih kat kedah , aku dapat banyak stok mengidam kat sana
ibarat orang mengantuk di sorongkan cd yuna la aku alang alang dapat balik cuti ni
memang tinggi terbangnya dapat melampiaskan nafsu mengidam ni
taraaa ...
cucur jagung
gambar hiasan
--> elok elok je sampai rumah , lepas peluk cium mak , aku terus pergi dapur then selak tudung saji . arghh #jeritdalamhati . ada cucur jagung ohh . makan didahulukan . mak datang dapur terus lempang aku #oktipu
dudian
gambar hiasan lagi
--> tinggal kat kampung ni memang syurga . macam macam buah ada . fresh lagi tuu . main petik kat pokok je kalau nak . buah kat atas ni tak pernah lagi la aku petik . dalam cuti ni , dah lapan semilan kali aku bedal buah dudian ni . *dudian = durian #nampakmanjasikitsebutdudian
laksa
sekali lagi gambar hiasan
--> kat kedah memang la ada laksa . tapi tak ummm macam laksa mak aku . betol betol hoa liouu maa ! sekali kena , mesti kena dua tiga kali punya .
pekasam
masih gambar hiasan
--> menjejes air liur tengok gambar ni . bertaburan bawang bawang dan cili hijau cili merah . kalau nak jimat duit memang elok sangatlah makan ni . aku kalau ada nasi panas makan ngan pekasam pon dah gemuk wehh . slurpp .
cekodok pisang
hiasan dijadikan gambar
--> gabungan cekodok dan pisang memang hebat . hebat melalui celah celah gigi , menuruni kerongkong berlemak dan singgah di perut berlipat . makan cekodok boleh membuatkan anda tak perasan tergigit jari .
gulai tempoyak
seorang gambar hiasan
--> nafsu makan memang menjerit jerit bila tertengok je timun timun bergelimpangan dalam kuah kuning pekat seperti di atas . selagi tak nampak bawah pinggan selagi tu la makan , makan , makan . then , gemuk , gemuk , gemuk .
rangka ayam
........
--> haa , yang ni baru nak santap besok . sebab besok ada pasar malam . wehuu . nervous menanti besok . geram betol aku tengok ayam dua orang kat atas ni . aku geget jugak laptop ni kang .
semakin hari semakin gemuk
gemuk pon comel apa ~
#malu
#malu
(^___^)
*[bintangkecik] opah pesan " kalau tengah lalu nak makan ni , makan je la . besok dah tua macam opah ni , nak makan pon tak lalu " . peace Y