kat sini banyak budak universiti hebat
#gambarcurikatgoogle
saya seorang budak universiti ! saya bangla bangga bila menjadi budak universiti ! budak universiti sangat hebat ! *titik*
tapi , sehebat hebat budak universiti ni still kena beratur panjang panjang sampai termemikirkan ponteng kelas sebab nak amek baucer RM200 . so , sekarang baucer RM200 nampak hebat dan bukan lagi budak universiti yang dimaksudkan . shame on me !
budak universiti yang hebat jugak memang tak suka nak join aktiviti universiti or kolej ni . almaklumlah hebat la katakan . jadi , malam indah tadi ada aktiviti penutupan sukan kolej yakni SUKOL nama komerSIAL diberi . maklumat tambahan , aktiviti tu katanya wajib sampai dihantarnya polis polis UiTM meronda ronda kawasan kolej untuk buat budak budak universiti takut dan tiba tiba pergi join aktiviti tu . seperti biasa bagi seorang budak universiti yang hebat semestinya beliau tidak menggemari aktiviti tersebut . kau hebat budak universiti .
untuk menunjuk nunjuk kan hebatnya budak universiti itu , lalu beliau telah menyorokkan dirinya seperti katak di bawah tempurung .
mungkin inilah katak yang diperkatakan dalam lagu jamal abdillah tu
dengan secara tiba tiba budak universiti yang hebat nak cerita proses proses penyorokan beliau :
1. pastikan wujudnya aktiviti kolej yang korang memang erghhh ! kalau tak dak tak payah la bodo bangang pergi menyorok melainkan korang dah sepak selipar aku sampai dua bilik jaraknya .
2. pastikan jugak korang memang tak bernafsu nak pegi . misal kata aktiviti tu seperti konsert Yuna , memang korang akan beribu sesalan dan berasa nak stop study and better kahwin .
3. pastikan jugak diorang berniat ugut nak ketuk bilik ke bilik ataupun nak amek tindakan tatatertib . ingat lagi tak dengan rukun negara ? tatasusila ada disebut dalam tu .
4. pastikan roomate korang tidak skema , nerd , lurus bendol dan kurus . budak kurus selalu nya rajin join benda benda camni . jadi , anti roomate yang mengjengkelkan !
5. pastikan jugak korang memiliki roomate yang suka selimutkan roomate yang lain . so sweet auni , bertuah eima , aku jeles , lin mungkin blurr , korang ?
6. pastikan jugak stok makan makan penuh dalam bilik . jangan salahkan budak universiti lain kalau korang mati kelaparan .
7. pastikan kunci pintu bilik masih dalam keadaan bajet bagus gitu . kalau kunci tu agak agak need renovation gitu , letak je roomate yang berbadan sasa kat pintu . sebagai pertahanan .
8. pastikan jugak wifi laju , boleh layan movie datin ghairah . then , ajak roomate buat bulatan lepas tu maki sesama sendiri .
9. then , pastikan korang masuk bilik , sebab proses penyorokan takkan berjaya kalau korang tercegat bangang kat luar .
10. dah masuk ke belum ?
11. oke , bagus . sekarang tutup pintu . a'ah tutup rapat rapat , pastu kunci . yup , kunci . ha kuncilah cepat . tunggu mende lagi ?
12. dah kunci ? cari suiz lampu . tu kat tepi pintu tu je . kanan sikit , haa sikit lagi . oke , good . tekan la . ingat buat muka kiut macam tu lampu boleh tutp sendiri ? shame on you .
13. jalan slow slow pegi kat meja . slow slow la , kan dah nak jatuh tu . ishh .
14. dah sampai kat meja ke belum ?
15. apenye lembab bebenor nye ni .
16. oke . tengok atas meja . ada laptop tak ? tak da ? cuba tengok betol betol .
17. jumpa dah ?
18. bukak laptop . apa ? tak boleh ?
19. bukak la suiz dulu bengap .
20. oke . on wifi .
21. laju tak wifi ?
22. bukak youtube . search movie datin ghairah . a'ah datin ghairah , bukannya budak sekolah terlampau pulak . kuning ahh korang ni !
23. ada ?
24. so , layan je la sampai korang dengar suara suara budak budak universiti hebat yang lain balik .
25. ........
amacam cite datin ghairah ?
aku tak sempat nak usha lagi . hehe
*[bintangkecik] gian nak jawab test ! -.-