permintaan hati budak universiti

gambar hiasan : mereka yang meminta


1. kelas awal pagi pukul 8 di mansuhkan , seboleh boleh nya kelas awal pada pukul 12 adalah lebih afdal . ini kerana , shower sangat sejuk di pagi hari dan kami tak sampai hati nak tinggalkan tilam .

2. kelas LAW satu jam di hari Ahad dibatalkan , ianya tak mencabar ok bangun tidur awal pastu nak pegi satu je kelas sehari , sejam je pulak tu . lagi satu , aku tension tengok roomate yang tak da kelas di hari Ahad .  

3. kelas malam pada pukul 8 di hentikan sebab budak universiti akan terlepas tengok Gemersik Kalbu sampai habis . 

4. kelas hanya tiga hari seminggu just hari Isnin , Selasa dan Rabu . dua hari seminggu pon boleh di pertimbangkan . 

5. kuata ponteng daripada tiga kali di tingkatkan kepada lima kali setiap subjek .

6. masa rehat selama lima minit dalam kelas di tingkatkan kepada 15minit . ini kerana kitorang memerlukan lima minit untuk bersembang , lima minit lagi untuk ke toilet dan bersembang di toilet dan lima minit terakhir untuk sambung sembang di toilet tadi di dalam kelas .

7. setiap setengah jam selepas kuliah , lecturer di wajibkan membuat tayangan video pendek , ramai sukakan nya .

8. lebih banyak mesyuarat yang melibatkan semua lecturer di adakan .

9. banyakkan pengumuman kelas batal .

10. kelas ganti di mansuhkan .

11. tarikh hantar assignment di tetapkan oleh student 100 % .

12. assignment hanya satu sepanjang sem . 

13. kelas ditamatkan setengah jam lebih awal , peruntukkan masa untuk bersalaman dengan lecturer dan beramah mesra dengan classmate . 

14. nyanyian lagu Yuna dan Foster The People sebelum bermula nya kelas .

15. wifi seperti siput ditukar kepada wifi seperti cengkerik .

16. bilangan polis UiTM yang suka menahan budak universiti yang pakai seluar ketat sikit dikurangkan .


ada sesiapa yang nak luluskan permintaan ni ke ?
sila inbox saya
-.-'
#sekadar merapu selepas menyalakan api dalam hujan by Adele  
(^___^)


*[bintangkecik] kalau la diluluskan permintaan ni , wahh ! heaven ! haha O.o musnah negara macam ni ~