Itan Josh

Once upon a time

Sekitar tengahari tadi

Kelihatan seorang emak kepada aku sedang menyiang ikan besar gile di luar rumah,
datang pula sekawan budak budak dalam golongan umur 3 atau 4 tahun berkeliaran tanpa hala tuju.

lalu

Salah seorang bertanya.

'Itan ape ni acik?', kata budak itu sambil bertenggung dan menggedik gedikkan dirinya.
Mak kelihatan malas melayan dan bersungguh sungguh menyiang sana sini ikan besar tersebut.

lalu

Emak membalas pantun budak tadi.

'Ikan josh, makan orang ni', balas emak dengan mesra.

'Itan josh', ulang budak itu seolah olah kepercayaannya sudah emak cabul.

lalu

Budak itu dan kawan kawannya pulang ke rumah selepas emak menyuruh 'Pergi balik, karang momok makan'.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku dapat menangkap perbualan dia dan kawan kawannya.
Dia 'Itan josh oo, itan josh'.

Ikan josh itu telah menjadi hidangan lunch aku sebentar tadi, 'Ikan josh bakar'. 
Yummeh !
And it live happily ever after in my tummy.

Sekian, bedtime story di petang hari.




Klu :
Itan josh = ikan kaloi
Momok = hantu

*[bintangkecik] burppp ! Alhamdulillah, sedap pulak ikan josh bakar -.-