Entry yang Mengandungi Lebih daripada Tiga Perkataan Lucah

“Hang suka cakap lucah kan.”

“Ewyu, lucahnya percakapan hang.”

“Huh. Sungguh lucah kata-katanya.”

“Cis. Babi lucahnya.”

“Amboi lucah.”

Seperti di atas, itulah reaksi di antara beberapa orang yang berbalas cakap (bersembanging/berbualing/bertexting/berwhatsapping) dengan aku.

“Ya Allah besarnya dugaan yang Engkau berikan.” bisik hati kecilku.

Kadang-kadang aku tak sedar aku tengah berlucah, sebab aku tak pernah plan untuk berlucah, dan apa benar apa yang aku cakap itu mengandungi lucah. Lucah aku rasakan hidup aku selepas itu, seolah-olah aku tak layak untuk menikmati hidup macam orang lain.

(keluh berat berserta “babiah.” kata hatiku separuh berbisik tapi masih lagi dapat didengar oleh telingaku akan bisikan hatiku yang berbisik itu)

Mereka hanya menuduh tanpa bertanya akan kebenaran lucah itu. Soalan-soalan seperti Siapa lucah? Berapa lucah? Di mana lucah? Mengapa lucah? tidak pernah mereka utarakan. Nampak sangat mereka tak amalkan konsep WH Question misalnya What? When? Why? Who? How? dalam kehidupan sehari-hari mereka. Fuh.

Apa erti lucah? Entah la aku sendiri pun tak mengerti. Misalnya perbualan aku dan Aunu (bukan nama sebenar) di medium sosial Whatsapp beberapa jam yang lalu.

“24 June birthday hang kan ida.” tanya Aunu bersemangat.

“Aah, tapi aku dihasilkan dalam bulan 9.” balas aku tanpa meletakkan sebarang smiley dihujung bicara.

“Stopit Ida.” kata Aunu berserta gambarajah tangan yang di gengam yang kemudiannya terhasil lah bentuk penumbuk.

Aunu letak dua gambarajah penumbuk itu, mungkin untuk menunjukkan yang dia benar-benar maksudkan stopitnya itu. Aku tak mengerti. Lalu aku menekan-nekan screen talipun (telephone) ku seolah-olah sedang menulis sesuatu. Belum sempat aku menekan send, mesej Aunu masuk lagi.

“Tak tanya pun bila hang dihasilkan.” Aunu berkata.

Aku memadam semula kata-kata pembalasan yang aku taip tadi, lalu menaip kata-kata baru.

Aku saje je nak tambahkan pengetahuan hang tentang aku.” kata-kata aku berbunyi tanpa sebarang smiley diletakkan.

“Kalau macam tu aku dihasilkan bulan 10, lambat sikit la.” Aunu berkata lagi.

Tengok. Memang aku yang selalunya memulakan perbualan ke arah ‘takde le lucah mane pun’, tapi bila aku didorong oleh kata-kata seperti Aunu katakan, aku akan balas balik. Mana boleh aku biarkan, aku kena balas, aku pantang didorong. Itu yang membuatkan aku membalas dengan lebih ‘takde le lucah mane pun’.
Dan perbualan ke arah ‘takde le lucah mane pun’ itu akan berhenti bila Uma (bukan nama sebenar) turut serta.

“Eeee. Cuba la jadi suci macam aku ni.” ujar Uma bangga.

Tapi kadang-kadang berbalas cakap ‘takde le lucah mane pun’ tu takkan terhenti jugak, tapi makin menjadi-jadi setelah Leman (bukan nama sebenar) turut menyertai.

"Orang semua tengok kami sebab kami tergelak kuat baca cerita hangpa, malu kami." terang Leman dengan penuh dedikasi dan rasa malu.

Kerana mahu membuat Leman bertambah malu, perbualan 'takde le lucah mane pun' masih diteruskan.

Perkataan-perkataan seperti ‘suami, mengandung dan tidur’ jugak dianggap lucah oleh rakan berbalas cakap aku. Malahan, beberapa typo aku misalnya sumpul dan aunu jugak dianggap lucah.
Sekarang baru aku paham apa erti lucah dan di saat itu lagu Langit ke Tujuh mula bermain-main di otakku.
Tanpa aku sedar aku sudah menggunakan perkataan 'misalnya' sebanyak tiga kali. Syabas.