Entri berunsur Sains Kemanusiaan

Hipotesis awal: Semakin meningkat usia, semakin kurang fungsi telinga.

.......

Pembolehubah 1

Ruang tamu riuh di penuhi suara dari televisyen. Terdapat aku, mak dan Mak Tinah di ruang tamu. Aku terpaksa berada di ruang tamu kerana aku memerlukan extension plug untuk memastikan aku terus bersosial dengan teman-teman.

"Sebagai penutup pertandingan hari ini, kita akan dengarkan lagu tema ciptaan Edry yang akan dinyanyikan oleh para peserta. Jadi terimalah bintang!" jerit Anding selaku pengacara pertandingan Bintang Kecil.

"Haaaa pisang?" soal Mak Tinah inginkan kepastian. Mungkin dia merasakan pelik sekiranya pisang di jadikan lagu.


Pembolehubah 2

Ruang tamu masih riuh di penuhi suara dari televisyen. Terdapat aku seorang di ruang tamu, mak di dapur, Mak Tinah di ruang rehat, dan opah di bilik tidur. Amirul masih tidak melibatkan diri.

"Tinah! Bagi aku asam jawa sikit, kerongkong aku gatal sangat ni." jerit opah dari dalam bilik.

Aku mendengar jeritan opah itu, tapi aku tidak bertindak kerana bukan nama aku yang di sebut oleh opah di awal jeritan.

"Nak buat ape asam jawa, ape kena-mengena?" rungut Mat Tinah.

"Tinah! Aku nak asam jawa, kerongkong aku gatal, aku nak telan asam jawa."  opah mengulangi jeritannya.

Aku masih mendengar jeritan opah itu, tapi aku masih tidak bertindak kerana masih bukan nama aku yang di sebut opah di awal jeritan keduanya.

"Zeni! Mak nak asam jawa, punggung dia gatal." jerit Mak Tinah kepada mak aku di dapur.

Ruang tamu bertambah riuh di saat suara dari televisyen bercampur baur dengan tawa serupa setan.

........

Hipotesis akhir: Semakin meningkat usia, semakin kurang fungsi telinga.

Kesimpulan: Hipotesis diterima.


*[bintang kecil] waktu yang berbeza, hari yang berbeza.