Kerana Bosan Aku Relakan

Hai.

Aku, seorang, tidak berdua mahupun bertiga, apatah lagi berempat, berlima jauh sekali, berenam? Tak mungkin kot. Gila, bertujuh pulak? Ye? Berlapan? Kenapa tidak bersembilan je? Mana boleh bersepuluh pulak. Diketika ini aku sedang duduk bukan berdiri di atas kerusi Hak Kerajaan Malaysia bukan Hak Kerajaan Langit. Thanks Kerajaan Malaysia, I suka sangat kerusi ni. Mana you all beli eh kerusi ni? I cadang nak beli satu bawak balik rumah, boleh duduk sambil ketip kuku petang-petang. Dihadapan aku, diatas meja Hak Kerajaan Malaysia terdapat sebuah desktop janama Lenovo. Ya, pada saat ini, desktop itu nampak sexy. Ia cuba menggoda aku. Bersamanya terdapat wifi  percuma.

"Argh!"

Jeritku didalam hati. Ya, siapa yang tidak teruja dengan wifi percuma. Kepalaku terjengah-jengah melihat-lihat sekeliling kerana takut sekiranya jeritanku itu tadi didengari orang. Nasib baik tidak didengari oleh penumpang-penumpang yang lalu lalang di muka pintu.

"Fuh."

Aku melepaskan keluh lega, masih didalam hati. Pandanganku aku larikan kepada tetikus yang masih tidak berganjak dari sisi desktop tadi. Situasi ini berterusan selama 2 minit. Penat hanya memandang tanpa menyentuh, aku bawakan tangan kananku ke arah tetikus itu. Sentuhan pertama pastinya sentuhan yang istimewa. Aw. Hm. Tidak hanya sekadar menyentuh, kini aku lebih berani untuk menggerak-gerakkan tetikus itu. Ke kiri, ke kanan, malahan aku turut mengerakkannya dalam bentuk bulatan dengan penuh keyakinan.

Tanpa aku sedari, bibirku yang kering tanpa sentuhan sebarang pelembab bibir mengukir segaris senyuman. Aku mematikan senyuman itu. Tragis. Aku menekan satu icon yang terdapat pada desktop itu. Lalu ia mengeluarkan logo google. Aku berhenti sejenak, dan cuba memaksa otakku berfikir.

"Hm.."

"Hm.."

"Hm.."

Bunyi otakku berfikir. Ya! Aku pernah memiliki sebuah blog, tapi sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Yep, kadang-kadang kita perlu berjauhan untuk memupuk rasa rindu. Aku menekan-nekan papan kekunci desktop itu.

"Ketek.."

"Ketek.."

"Ketek.."

Bunyi butang-butang papan kekunci rakus ditekan oleh jari-jemariku. Paparan di desktop telah mengubat rinduku sedikit sebanyak. Hampir bergenang air mata di tubir mataku. Kegilaan apakah ini? Namun aku gagahi. Oh lupa nak bagitahu, disaat ini turut bermain dicorong speaker desktop lagu Gelisah Mimpi nyanyian Liza Hanim.

"Sebelum tirai dusta... menjadi raja asmara... gelisah mimpi... datang... usahlah percaya.... wooooooo... berkejaran bintang di lau..."

Aku bernyanyi-nyanyi kecil. Sambil menyanyi, aku memaksa diriku membaca blog milik Auni dan Ima. Ya, siapa tahu, aku boleh mencuri idea mereka untuk aku jadikan entry blogku setelah kesian lama. Aku memang sengaja menaip kesian, aku tidak sebodoh yang disangka untuk menaip sekian menjadi kesian.

"...tan... nafas kesesakan... membilang rindu dendam... jangan hilang punca..."

Aku terus menyanyi. Siapa kesah? Haaa.

TAMMAT