Cerut : Nora

Assalammualaikum....

Pada suatu masa dahulu di sebuah kampung yang aman lagi damai bahkan tenteram yang amat, terdapat seorang anak gadis yang hot dan damn hot gila yang bernama Nora. Nora merupakan anak sulong kepada pak cik Danish dan mak cik Meriah Kiri. Nora seorang gadis belasan tahun yang hot yang baru sahaja habis menduduki peperiksaan STPM. Nora cukup femes di kampungnya yang aman itu dek kehandalannya menebang pohon jati untuk di belah-belah menjadi papan yang akan di jual di Jawa.

"Uish si Nora tu memang hebat no menebang pohon jati, habis pohon jati kat rumah pak cik ditebangnye, pohon petai pun ditebangnye", kata pak cik Jai seorang usahawan yang membuka perniagaan mencuci duit syiling di kampung yang aman tadi.

"Oh pasai Nora ka, mak cik tak berapa berkenan sangat dengan si budak hm apa nama tadi, haa Nora. Mak cik bukan apa, dia tu ish mak cik nak habaq pun serba salah. Pasai pa pun tak tahu", luah mak cik Pasha Pusanda yang merupakan pembuat pekasam femes di kampung yang sama dan masih aman seperti tadi.

"Mai la makan nasi dengan pekasam ikan puyu dengan mak cik kalau free free nanti noh", sambung mak cik Pasha Pusanda dengan riang gembira di hati kepada penulis.

"InshaAllah mak cik, nanti cheq mai", balas penulis dalam dialek Kedah dengan perasaan riang gembira yang lebih daripada mak cik Pasha Pusanda. 

"S***! Awat aku dok cakap Kedah ni, nahaiiii."

"Aaaaaaa. Akak Nowa kew? Itte cukew akak Nowa sebab hawi tew die bewanje itte makan aiswim pop. Dua ok dia bewanje. Satu untuk itte, satu agi untuk Kudin Kuti. Emm dap", kata adik Sapi Sapuan yang meloncat kegirangan sambil menggengam kedua-dua tangannya lalu dibawa rapat kepipinya ketika ditemui penulis sewaktu ke kedai pak cik Jai untuk mencuci syiling. Oh so comel. Penulis sempat menghadiahkan beberapa cubitan lembut ke pipi adik Sapi Sapuan.

"Akak! Akak! Kejap la kak. Fuh. Ape hal laju sangat akak jalan ni. Akak, nanti kalau jumpa Nora, akak tolong sampaikan salam penuh kerinduan kat Nora ye. Cakap kat Nora yang saya minat gila lakonan dia dalam cerita Datin Ghairah tu, ala yang dia berlakon dengan Acapan tu. Please eh kak. Please", rayu Siti Erika Baldu kepada penulis dengan termengah-mengah.

"Ayam le adik", balas penulis dengan bengang, penulis jugak sempat membuat satu balingan selipar tepat ke muka Siti Erika Baldu.

Nora juga cukup disenangi dan disayangi oleh keluarganya. Kita dapat lihat kemesraan meraka melalui gambar-gambar yang dipost Nora di laman sosial Instagramnya. #neno

"Nora tu anak yang baik, selalu tolong makcik kat dapur", mak cik Meriah memuji Nora sambil tangannya lincah mengacau sambal sardin.

"Nora! Oo Nora, meh sini kejap tolong mak rasa sambal sardin ni, cukup ke tidak rasa garamnya, gulanya, asamnya", laungan mak cik Meriah memenuhi di setiap sudut dapur rumah mereka.

"Ye mak, Nora datang ni", sahut Nora sambil berlari-lari anak turun ke dapur, di tangannya turut terdapat sebijik iPhone 6.

"Meh selfie dulu mak, Nora nak upload kat Instagram", Nora berpusing menghadap penulis dan berkata "Nah, a place to feed you stalker!"

Mereka merapatkan kepala, tangan dari bahu ke bahu, badan di bongkokkan sedikit ke depan, mulut dimuncungkan sehingga hanya boleh memuatkan sebatang jarum masuk.

Klik! Klik! Klik!

"Ah ter on flash pulak, sekali lagi mak".

Penulis hanya memerhatikan gelagat dua beranak itu dari tangga kayu di dapur itu sambil menghirup kopi panas di celup bersama biskut mayat. Terdetik di hati penulis mencemburui kemesraan mereka seolah-olah terlupa kewujudan penulis di situ.

"Dah la tak ajak aku join selfie, siut", gumam penulis perlahan.

"Ehem", penulis cuba menyedarkan dua beranak itu akan kewujudannya.

"Ehem! Ehem!", hampir terkeluar anak tekak penulis tetapi masih tidak dapat menyedarkan mereka dari godaan anasir selfie itu. Mereka telah jauh hanyut, hanyut dibawa arus deras teknologi yang membunuh ramai manusia dalam diam dan perlahan.

"Hm ala sikitnye orang like gambar ni mak, baru 95658123458895 like, nak tutup akaun Instagram ah macam ni", rengek Nora. 

"Cam cibai", bisik penulis di dalam hati. Penulis tidak berputus asa, pantang anak jantan yang telah berkhatan menyerah kalah.

"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang mandi biar basah, alang-alang menggengam bara biar sampai jadi abu".

Penulis menyinsing lengan bajunya hingga ke siku, "Aku seru mentera pusaka ku, mentera semerah padi". Penulis memanjat meja makan dan cuba berdiri di atas meja itu.

Zap!

To be continue...In Sha Allah

*[bintang kecik] Cerut, sekadar cerita mengarut.