Cerut : Nora samb.

Kecoh di media tentang berita mayat seorang lelaki ditemui mati di dapur di rumah sebuah kampung yang aman amat. Kepala dan badan mangsa ditemui berasingan, keadaan mayat ketika itu sudah busuk dan berulat. Mangsa dipercayai telah berada di situ seminggu yang lalu. Turut ditemui di tempat kejadian sekuali sambal sardin yang juga berulat. Motif kejadian masih disiasat, polis telah menemubual beberapa suspek.

"Ya, saya yang jumpa mayat tu, waktu tu saya tengah layan running man kat astro 393, waktu tu time iklan, saya turun p dapuq sat nak ambik ayaq aih dengan maruku, ya la sebab sat lagi nak sambung tengok drama korea teruih, malaih nak turun dapuq banyak kali, penat", ujar Dora, adik kepada Nora yang hanya berbeza setahun usia mereka.

"Saya nak panggil cik ke puan Dora?" Soal pegawai polis yang menemubual Dora.

"Panggil cik, saya belum kawin lagi".

"Ok, cik Dora. Running man episod yang keberapa eh cik Dora tengok waktu tu?"

"Hm, episod 218 hat depa kena main alat muzik tu, saya suka tengok Kwang Soo time tu, lawak gila dia tu, ada ke patut dia p lar......."

"Cik Dora, saya taknak tahu semua tu and who the hell Kwang Soo tu and what so ever."

"Ok maap."


"Tapi.. hm bukan ke tu episod 21 em er uh um uh."

"Sarjan Mail! Sini kejap." Laung salah seorang pegawai polis yang nampak poyo yang sedang buat-buat busy menyiasat.

"Hm. Sebentar ye Cik Dora, dan tentang episod running man tu saya tak sure. Kejap ye", Sarjan Mail bergegas berlari.

......

"Sarjan, saya rasa kita kena tumpukan siasatan kes ni kepada Cik Dora, dia suspek utama yang kita ada buat masa ni, sarjan buat la apa-apa yang sarjan nak, asalkan siasatan kes ni selesai, kalau perlu untuk bawak Cik Dora makan Dip N Dip sekali pun takpe, nanti bil kita claim kat jabatan."

"Hm. Hm." Sarjan Mail mengangguk tanda paham dan setuju sebulatnya.

"Eh dah jam 9.30 dah ni", gumam pegawai tadi lantas bangun dari duduk dan gelisah gayanya.

"Ok la sarjan, saya serahkan segalanya pada sarjan, apa apa hal nanti whatsapp saya jangan wechat, saya dah delete akaun wechat saya, serabut saya dengan budak-budak tak matang update moment macam dia sorang je ada wechat", ujar pegawai tadi sambil memandang ke mata Sarjan Mail.

Belum sempat Sarjan Mail membuka mulut, pegawai tadi menyambung "Ye, saya tahu wechat ni hak masing-masing, tapi please la kalau dah moment dia je penuh, every 2 minit ok dia update moment, oh my God please la, tak matang ok. Hah just what the hm la kan. Annoying ok, awak rasa macam mana sarjan?"

"Hm. Hm. Saya ras...."

"Takpe la Sarjan, saya takde masa nak layan awak, hm awak tengok tak drama Suamiku Encik Sotong kat astro tu?"

"Tak Tuan, saya tak ber....."

"Oh my God, sedihnya hidup you ni sarjan, i tak paham la dengan you ni sarjan, you kena tengok tau sarjan, sweet sangat cerita tu, Abang Iz tu kan Ya Allah hensemnya. Dia tu k....."

"Tuan, er maaf tuan, mak saya call, saya nak jawab call ni kejap ye." Celah Sarjan Mail sambil memegang telifon bimbit jenama nokia atau lebih dikenali dengan nokia 'lesung' dek kerana bentuknya yang berbentuk seakan lesung. Sarjan Mail berlalu dari situ.

"Dia lagi la bapak annoying, huh kalau lagi lama aku layan dia lagi menjadi-jadi, what the hell Encik Sotong apa benda entah, baik aku layan Cik Dora, untung sabut boleh selfie sekali", bebel Sarjan Mail, dia menyimpan kembali telifon bimbitnya yang tidak berdering pun itu ke dalam poket seluarnya kembali. Dia telah berkira-kira untuk mengupload selfie bersama Dora ke laman Instagramnya. 

"Sedih gila hidup kau Sarjan, zaman canggih macam ni kau pakai nokia lesung lagi Jen, whatever." Pegawai tadi tergesa-gesa berlalu meninggalkan tempat kejadian, dia perlu cepat sampai ke rumah kerana drama Suamiku Encik Sotong dah nak mula ditayangkan di TV.


bersambung.....