Teman Sekelas 5 Orang

Hai

Kalau dulu aku pernah tulis tentang teman sebilik aku masa zaman study, sekarang aku nak tulis tentang teman sekelas dan serumah masa zaman study pulak. Bermula dengan tiga orang menjadi empat orang teman aku.

//

Macam yang aku tulis dalam teman sebilik, aku bukan jenis yang pandai bergaul dengan orang, takut dimakan ketika bergaul. Hm. 

//

Orang pertama yang aku jumpa waktu sesi kelas mula, Atiqah, Nurul Atiqah binti Rodzi. Aku tak ingat siapa tegur siapa dulu, tapi yang aku ingat Atiqah nampak gangster waktu tu, dengan muka dia yang memang nampak berlagak even sampai sekarang pun riak muka dia memang nampak berlagak lagi, waktu tu muka Atiqah ada parut kat dagu kalau tak salah aku. Aku malas nak tanya dulu kenapa muka dia ada parut, tapi lepas dua tahun kenal baru dia cerita yang sebelum daftar masuk study dia ada accident basikal, rasanya. 

"Oh, patut le muka hang berparut dulu tu kan".

Tu yang berparut. Atiqah memang nampak sombong, tapi tak sebenarnya. Dia sendiri pun tak perasan yang riak muka dia memang buat orang cakap dia berlagak. Atiqah pernah cakap dulu, dia nak masuk kelab Tarian sebab dia nak kurus macam akak senior sekolah dia dulu yang jadi kurus hanya dengan menari. Hm. Tapi sampai habis study dia tak pernah hm actually kitorang tak pernah join kelab apa pun melainkan kelab Bahasa Arab, tu pun sebab Ustaz penasihat kelab tu hensem. Hm kelakar tapi aku taknak tulis 'HAHAHA'. Atiqah jenis yang kalau dia nak dia akan pastikan dia dapat, dia jenis muka tebal bukan maksud muka dia kulit tebal macam kulit buaya, tapi dia jenis: 

"Relax ah, nak malu ape."

Hm kelakar. Atiqah suka jumpa manager pusat membeli belah, dah macam hobi. Dulu aku pernah bawak dia dan Fad balik kampung aku, kitorang jalan-jalan kat satu pusat beli belah terkemuka kat Gerik, hm kelakar, promoter kat situ layan dia nak taknak je, jadi dia pun:

"Saya nak jumpa manager awak."

Hm kelakar. Sayang gila kat Atiqah. Atiqah susah kawal nafsu. Kbai

//

Kedua, aku jumpa Fad dan Atiey. Aku kenal Fad dan Atiey sebab nak cari group untuk assignment, subjek CTU kot, ustaz tu hensem jugak. Fad dan Atiey masa first aku jumpa nampak berlagak, dua-dua orang nampak berlagak, dah la muka dekat nak sama. Hm kelakar.

//

Fad, Nur Fadhliah binti Amir. Aku selalu salah eja nama Fad. Hm. Fad pakai cermin mata, gigi jarang, tinggi, kurus. Fad annoying. Tak tahu kenapa aku boleh tahan sampai sekarang. Sayang gila kat dia walaupun annoying. Hm. Fad jenis tak sedar apa dia cakap, dia cakap cakap cakap cakap cakap lepas tu kitorang akan tegur dia:

"Wei Fad."

"Awat? Wei awat wei? Salah ka aku cakap? Weiiiiii."

Hm. Fad. Fad. Fad suka bagi semangat kat aku suruh kurus, diet, jangan tinggal sarapan, rajin bersenam, minum air banyak. Dia cakap dia bagi semangat, tapi apesal aku tak rasa bersemangat. Apesal eh Fad? Fad annoying

"Aku kata kat hang gemuk pasai aku nak bagi hang ghasa semangat nak kuruih, biaq hang ghasa nak buktikan yang hang boleh kuruih."

"Pungkoq hang."

Aku tak rasa tercabar pun, sampai sekarang. Hm kelakar. Fad cakap kasar tapi dia lembut, dia suka sedih setiap kali dengar cerita yang kitorang cerita.

"Aaa awat sedih ngat cita hang, aaa kesian wei kat hang."

Fad suka kira hutang, sebab dia cakap dia takut berhutang nanti lupa nak bayar, betul jugak cakap Fad tu. Hutang ni benda berat, bawak sampai mati kalau tak setel. Tapi Fad suka kira hutang depan orang. Hm kelakar.

"La ni ceghita dia lagu mana? Hang hutang aku beghapa?" 

Tu dialog makcik kat Tesco, kitorang terserempak, sampai sekarang kitorang bahan dialog makcik tu. Hm kelakar. Fad suka makan biskut cicah milo, Fad suka minum bubblegurt, kadang kadang sanggup pergi CS semata-mata nak beli bubblegurt. Fad. Fad. 

//

Atiey, Nur Izzati binti Ahmad Azizi. Atiey Pinky, dulu akaun facebook dia. Dulu aku tak terasa nak bahan nama akaun facebook dia, tapi sekarang aku rasa hm kelakar sangat. Tak lama lepas tu dia tukar nama akaun, Atiey Kecik, hm kelakar. Atiey pandai akaun. Aku selalu susah nak paham sebab dia cakap laju, lepas tu dia marah aku sebab aku tak percaya.

"Hang p tanya lecturer sendiri ah kalu tak caya."

Hm kelakar. Atiey kecik orangnya, aku tak suka duduk sebelah Atiey sebab ia buat aku nampak besar sangat, padahal aku besar sikit je. Hm. Atiey suka makan ayam isi goreng plus daun ulam sehelai plus nasi besar jari kelingking aku plus minum air:

"Sirap selasih satu bungkuih."

Atiey kelakar orangnya, sebab Atiey selalu makan nasi dengan seketul dua ketul naget ayam goreng. Aku tak tahu macam mana dia boleh survive hidup sampai sekarang. 

"Ida, nak naget hang sikit wei, nanti aku ganti lain."

Apa yang aku perasan, Atiey setiap kali sebelum tidur, dia suka tengok gambar. Hm kelakar. Aku perasan jugak yang Atiey selalu kena buli:

"Atiey hang p keluaq beli sat, hang kecik senang nak keluaq."

Atiey dengan aku selalu gaduh, gaduh balas cakap bukan gaduh sungguh-sungguh, aku suka hentam Atiey, dia pun suka hentam aku. Hm kelakar. Nasib aku sayang gila kat Atiey.

//

Dari sem 1 sampai sem 4 aku memang dengan 3 orang ni je, then sem 5 sampai sem 6 aku mula kenal rapat dengan Mia. Sebelum tu kenal dah Mia tapi tak rapat.

//

Mia, Noor Amirah binti Kamaruddin. Anak mami Penang, gila tak cantik, cantik habaq hang. Aku mula rapat dengan Mia sejak Mia join kitorang sewa rumah sekali. Mia nampak cantik tapi loqlaq. Hm kelakar. Sebelum kenal Mia kitorang tak tahu pun pasal model model luar negara, pasal pondan cantik, pasal skandal artis, tapi sejak kenal Mia, aku kenal Miranda Kerr. 

"Oh dia ni Mia kenai, dulu selalu dok lepak kedai abang Mia."

Mia suka usung bantal busuk dengan botol air dia, kalau kat rumah akan selalu nampak Mia dengan bantal busuk dengan botol air dengan Blackberry dia. That is so Mia. Hm kelakar. Lepas tu Mia akan garu garu kepala dia, dia cakap dia tak gatal, tapi tabiat. Mia. Mia. 

"Wei hampa. Wei hampa."

Mia suka merancang tapi sekadar merancang. Mia banyak idea rancangan. Hm kelakar.

"Nanti kan wei, aku nak hm bla bla bla bla."

"Nanti kita sama sama la bla bla bla bla."

"Kita pergi bla bla bla bla, aku bawak hampa."

Mia suka masak, aku suka suruh Mia masak macaroni goreng, bihun goreng, spageti. Em dap. Mia ada boyfriend.

"Shayang. You shayang i dokkkkkkkkkkkkkkkkk."

Ok Mia, sayang gila kat Mia jugak. 

//

Banyak gila kenangan kitorang. Mari aku ceritakan sedikit.

//

Kalau masa nak buat group assignment, selalunya lecturer mintak satu group 3 hingga 4 orang, di mana selalunya dalam group tu ada aku, Atiqah, Fad dan Atiey, tapi Mia akan join group lain. Hm. Budak-budak kelas yang lain akan macam:

"Wei aku group dengan kau, lagi bla bla bla, lagi sape wei, bla bla tak cukup lagi ni."

Tapi kitorang kat belakang relax je, sebab memang kitorang akan form the same group, hm kelakar. Just bayangkan, orang lain kecoh cari group, tapi kitorang hm. 

//

Ada satu kesah tentang marker pen and politic, yang mana main karakter dia Atiqah. Ni paling hm kelakar. Waktu tu kitorang ada kelas kat kabin, ex-student UiTM Merbok je yang tahu lokasi ni. Kitorang memang suka cakap pasal politik, lebih kepada main-main tanpa libatkan isu yang serius. Darah muda kan waktu tu, tak ambik port sangat pasal politik, tapi kitorang tahu la warna tema parti politik kat Malaysia ni. Hm. Hari tu kitorang pakai baju kurung sama kaler, hijau. Hm hijau. Dalam kelas kitorang dok nganjing la, siape nak masuk parti politik ni boleh daftar dengan kitorang. Hm kelakar.

Tapi tu tak kelakar sangat. Hm. Rasanya waktu tu kitorang sampai kelas awal, jadi tak ramai bebudak kelas datang lagi, Atiqah jenis hyper active jadi dia pantang tengok marker pen bersenang lenang, nafsu dia menjadi jadi, jadi dia tulis nama parti politik kat whiteboard kelas. Besar besar dia tulis 'Mesyuarat Agung P**'. Something like that la, tak ingat ayat sebenar dia. Atiqah pun tak ingat rasenya. Lepas dia tulis, dia happy plus excited gile sampai lupa nak padam. Then kelas mula, lecturer berjalan masuk ke dalam kelas.

"Shit aku lupa padam kat whiteboard", Atiqah gelabah hampir terkencing. 

"Tu la hang, wei buat malu". Aku tak cam suara siapa yang cakap. 

"Ok hari ni kita buat latihan je, and hm mnuh uh mm meh uh mnuh", lecturer membaca tulisan di whiteboard.

"Siapa yang buat ni? Hati-hati main politik, kamu student lagi, takut nanti pihak pentadbiran tahu", lecturer berkata sambil tersenyum penuh makna tersirat.

"Um uh mnuh mneh eh uh", bisik hati ku.

Atiqah bertambah gelabah, kami cuba menenangkan dia dengan memberikan beberapa kata-kata semangat.

"Tu la hang, dok main-main lagi, tak tahu la kat hang kalau kena tangkap".

"Wei boleh kena buang kampus tau wei main politik ni, tak tahu la kat hang Atiqah".

"Kalau Atiqah kena buang kampus, siapa nak masak bihun goreng kat rumah, ala".

Atiqah nampak bertambah gelabah, kami gagal menenangkan dia. Pada waktu yang sama, lecturer cuba memadam tulisan di whiteboard itu.

"Hm pakai permanent marker ke?", tanyanya kepada kelas, satu kelas masih tak tahu siapa yang menulis perkataan mnuh uh mm tersebut. 

Atiqah kelihatan nazak. Kelas tetap berjalan seperti biasa, tapi tidak Atiqah, dia nampak tak biasa. 

Hm kelakar. Tapi lagi kelakar bila proses menghapuskan bahan bukti. Kelas habis awal, siapa yang nak stay dalam kelas sambil study boleh terus stay, siapa yang taknak boleh balik. Kitorang macam biasa, kitorang tak stay. Sepanjang perjalanan ke parking lot Atiqah asyik bersungut.

"Macam mana ni wei? Aku takut ni, takkan kena buang kampus kot, wei tolong le".

Kitorang cool, sebab Atiqah yang kena buang kampus bukan kitorang.

"Cap jari wei, diorang boleh detect siapa yang tulis melalui cap jari kat marker pen tu wei". 

Aku tak ingat siapa yang mencetus idea bangang tu, mungkin aku, tapi entah la. 

"Marker pen tu mana? Hang simpan ke Atiqah?".

"Kena buang barang bukti wei".

"Wei jom pergi kelas balik ambik marker pen tu, jom wei", Atiqah bersuara setelah beberapa orang lain bersuara.

Aku memarkir kereta di kawasan yang lebih dekat dan agak tersorok disekitar kabin. Hanya Atiqah seorang je yang turun dari kereta, yang lain tidak mahu terlibat kerana takut ditangkap bersubahat tapi kitorang tetap memberi sokongan. 

"Takpe Atiqah, hang pegi sorang lepas tu suruh la Qid ambikkan marker pen tu".

"Kami tunggu hang dalam kete, hang sampai je kite blah".

"Kami usha line, takpe jangan risau".

Selang beberapa minit, Atiqah pun muncul balik. Aku tak ingat kesudahan kisah ni, tapi yang pasti marker pen tu dah dihapuskan, dan kitorang still dapat habiskan study bersama-sama Atiqah, yay Atiqah tak dibuang kampus. Hm kelakar bagi kitorang yang menghadapi situasi tu. Panik dia rasa macam panik membunuh dan nak hapuskan bukti pembunuhan.

//

Twitter. Zaman belajar dulu kitorang berlima memang aktif dengan twitter. Tapi sekarang dah tak aktif sangat sebab takde bahan nak nganjing, masing-masing takde depan mata. Kadang-kadang kitorang memang akan tweeting sesama sendiri walaupun duduk depan mata, saje nak tambahkan peratus kemanisan dalam perhubungan. Selalunya kebanyakkan tweet yang di tweet adalah bukan dari tuan punya akaun sendiri, tapi dari sahabat sejati. Hacking, pantang terlepa phone dari tangan, nah beribu tweet mengarut kau naik kat TL. Letak password pun tak guna, ibarat mencurah air ke daun keladi, perbuatan yang sia-sia, password pattern tetap diintai dalam senyap tanpa disedari tuan empunya phone. Sedar-sedar je 

"Cibai, mana kome tahu password aku!"

Tapi hm kelakar bila ada yang sengaja hulur phone 

"Wei nah wei, hack la aku".

//

Kenangan kitorang banyak lagi sebenarnya, termasuk le kes Atiqah konon nazak sebab sakit kaki akibat makan aiskrim pong. Cam cipan. Malas nak cerita. 

Setiap saat tercipta banyak kenangan. Syukur sampai sekarang kitorang masih contact walaupun semua duduk jauh dah kerja dan sambung belajar. Whatsapp kan ada. Nak dengan taknak je. 



|Sayang dengarlah dengarlah dengarlah aku ingin berkata, ku cinta kamu kamu kamu dari awal remaja, aku tak bohong tak bohong tak bohong ini benar belaka, tolong percaya oh percaya oh percaya tak perlu belah dada|


#b******goingholiday


The End